Rakyat Malaysia memang suka merungut!

OK! Saya pun warganegara Malaysia. So, saya pun memang suka merungut jugak. Sebelum ni saya suka merungut kenapa mengapa saya perlu belajar 'STATISTIK'. Hakikatnya saya yang pilih sendiri dengan rela hati course ni. Nak tahu kenapa?! Sejujurnya tahun pertama memang saya main-main. Pointer saya macam sampah! Saya sangat dengki dengan course yang boleh belajar dengan 'relax'...esok exam, malam tu still lagi bole bergembira! Saya pun bole buat macam tu untuk subjek-subjek macam Kenegaraan contohnya. InsyaAllah esok boleh jawab. Tapi kalo untuk subjek Math, kalo buat cara gitu, jawapannya menangisla dalam exam hall -____-' sebab saya bukan student yang bijak! Lecturer ajar terus masuk! Ohhhhhh~~~~~

Masuk U, kita bole jumpa macam-macam spesis manusia. Mai dari latar belakang yang berbeza! (Saya hanya fokus kepada latar belakang pendidikan). Masa zaman matriculation dulu, semua sama ja.. beza dia just antara sains fizikal, sains hayat atau akaun. Antara ketiga-tiga aliran ni sains hayat banyak budak skema kerana pada pendapat peribadi saya mereka ni spesis-spesis yang rajin atau ulat buku :) budak fizik pun ada yang skema jugak sebenarnya.. :D

Masa zaman matrik dulu, kalo budak fizik la, semua pakat nak jadi engineer. Macam-macam  spesis enginner ada. Saya pun nak jadi engineer  (ada hati jugak). Masa isi UPU dulu, kitaorang budak matrik kena isi 2 fasa..Masa fasa pertama pilihan 1 sampai 8 semua saya letak kejuruteraan kejuruteraan kejuruteraan! Tapi my family tak bagi I ambil engineering dengan alasan 'perempuan susah nak keje nanti'...Actually ni percubaan kali kedua isi kejuruteraan! Tetap xbagi! -___- 1st dulu time isi UPU lepas abis SPM...1-5 I letak kejuruteraan kejuruteraan kejuruteraan! pilihan ke-6 I letak Diploma Sains. Dengan 'arahan' pak lang I suruh tukar pilihan ke-6 tu jadi no1..tapi xda makna gak..sbb zaman I, kalo dapat matrix automatic xakan dapat UPU.

Masa nak masuk U, saya dah xnampak dah bidang lain. Selain KIMIA, FIZIK or MATH.. Kimia mmg out awal2..pastu antara fizik dan math saya lagi suka fizik sebenarnya. Sejujurnya result matrik saya bukan cemerlang mana pun! tapi lect fizik saya kata, pure fizik lagi susah dari engineering..so thats why I pilih math..I letak math stats math stats, tapi I dapat stats :)

Itulah al-kisahnya hidup saya sebagai mahasiswa Bachelor Sains (kepujian) Statistik. Dan sekarang saya dah habis pun... sekarang tengah buat praktikal dan sibuk mencari kerja sana situ sini. Kalau sebelum ni saya jugak merungut xsuka statistics..xsuka xsuka xsuka...tapi benda tu yang saya bangga sekarang. Saya bangga saya dapat jadi 'budak sains' sampai tahap ijazah :))

p.s : sekarang aku faham kenapa mak cik aku dulu bersungguh-sungguh suruh amik pendidikan tapi aku xnak -___-

p.s.s : kalian yang memang akan jadi cikgu, xpayah la duk merungut, berSYUKUR okeh! memang la semua kerja dekat dunia ni ada cabaran.. kalo nak senang, xpayah hidup kat Bumi ni. masuk industri lagi susah dan banyak cabaran.

p.s.s.s : dan kalo aku diberi peluang untuk masuk alam pendidik, aku akan amik peluang tu, hampa yang xmau jadi cikgu tu mai kat aku jawatan hampa tu, bole??!!

p.s.s.s.s : kepada orang2 yang ada ijazah dalam pendidikan tu pasai apa hampa xpuas hati kalo orang2 yang tiada ijazah dalam pendidikan jadi cikgu??!! adakah anda yakin dengan ijazah pendidikan anda itu anda mampu mengajar anak bangsa dengan sepenuh jiwa anda??! adakah dengan ijazah pendidikan anda itu anda itu anda mampu menjadi guru yang cemerlang?? adakah dengan ijazah pendidikan anda itu anda mampu mengajar anak2 murid anda dengan kesabaran????!! renung2kanlah dan bersyukur saja dengan kurniaan tuhan :)

Comments

  1. Sabar Ita. Jangan marah-marah. Hahaha~ Menyesal jugak tak amek pendidikan dulu sebenarnya. Satu-satunya kos yang cerah peluang pekerjaan. Hahaha~ Padan muka kan. Hahaha~

    Girlfriends, please take note this!

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu...kan??! masuk industri sgt mencabar..bayangkan nak merebut 1 jawatan tu terpaksa bersaing dengan orang yg ada 3 4 xperient..huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I S T A N B U L, aku datang lagi!

Mish uols!

We Have a Purpose in Life